Nataschyaa Ameer
LAST LOGIN : 18 May 2012

Friday, May 18, 2012

Short Post: Thanks to Ema!

Assalamualaikum,


Sebenarnya tak ada idea nak update apa. So kita nak korang tengok header kat atas tu. Haa comel kan siap ada kek, coolblog dan laptop yang screen dia ada gambar kita. Yang buat header tu adalah mummy muda yang mempunyai dua orang anak yang buat. Ya Allah! Yes, kita jatuh cintun tengok header yang kak Ema buatkan. Kenapa kita panggil kak Ema mummy muda? Adalah kerana dia seorang muslimah yang hebat. Berumah tangga pada usia yang sangat muda dan kini nak masuk 2 orang anak dah. Alhamdulillah rezeki dia. Tak semua orang bertuah macam kak Ema. So, sila jeles. Haha. Okay mummy, please read this. I would like to thank you for the header. Really like the design. Thanks alot mummy. To readers, kalau nak tahu lebih lanjut, sila ke blog beliau okay :) Ema Rahmah

Patutnya harini last day exam, tapi rupanya Isnin minggu depan last paper sebab haritu tangguh. Err

Sunday, May 13, 2012

Sweet Seventeen

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi sebab Dia masih nak bagi peluang untuk saya bernafas dan hidup sampai ke harini. Haha dah TUJUH BELAS TAHUN SEHARI weh harini. Siapa sangka dapat hidup selama ini kan. Semakin bertambah umur, maka kita perlu semakin matang berfikir. Hopefully dapat jadi muslimah yang lebih baik, anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Part yang paling buat saya terharu bila rakan-rakan dan saudara mara call semata-mata nak wish selamat panjang umur semua kan. Tak lupa juga rakan-rakan yang dekat Facebook. Well Facebook ada reminder kan, that's why tak pelik kalau ramai sangat wish haha. 



Ya Allah, sungguh terharu! Memang nak sangat balas semua tu dengan ucapan terima kasih kat setiap seorang. Terharu okey. Apapun, dekat Twitter pun masih ada yang mendoakan. Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua yang wish.


Alhamdulillah. Tak ada lah sambut birthday sangat. Sebab Tasha ikut papa balik kampung ada kenduri arwah atuk. Lagipun mama tak ada dekat Malaysia, sebab mama pergi Vietnam. So terpaksa jugalah tunggu mama balik. Tapi mama ada call lah wish semua. Sumpah nak menangis. Hihi. Hadiah pun awal-awal masa 1 April dah dapat Samsung Galaxy Young. Terima Kasih papa <3

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh Malaysia. Tanpa ibu, siapalah kami :)




Related Posts with Thumbnails